PETALING JAYA: Dasar baharu memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu memfokuskan kepada elemen teknologi masa hadapan tanpa meninggalkan kursus-kursus tradisional. Dengan penguasaan dalam bidang seperti teknologi maklumat, pengaturcaraan, dan kecerdasan buatan (AI), akan melahirkan lebih ramai tenaga mahir sekaligus menyumbang kepada pembangunan industri negara melalui TVET. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata,…