Tujuh keluarga dipindahkan ke PPS SK Simpang Durian  - Utusan Malaysia

Tujuh keluarga dipindahkan ke PPS SK Simpang Durian 

PPS yang dibuka di SK Simpang Durian selepas kawasan rendah di Kampung Juntai, Jelebu dinaiki air susulan air Sungai Triang melimpah apabila hujan lebat yang berlaku petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seramai 16 orang daripada tujuh keluarga di Kampung Juntai dekat sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Durian selepas air  Sungai Triang, melimpah dan memasuki rumah mereka sejak malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA), Mohd. Syukri Madnor berkata, pihaknya mengarahkan penduduk untuk berpindah segera selepas air sungai  melimpah terutama di rumah penduduk yang berada di kawasan rendah.

“Setakat ini, seramai tujuh keluarga melibatkan 16 mangsa telah dipindahkan ke PPS yang telah dibuka pada pukul 9.53 pagi tadi. Semalam ada juga penduduk yang telah berpindah ke surau berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, menurut beliau, paras air Sungai Triang kini berada pada tahap berwaspada. 

“Kesemua penduduk di kampung tersebut yang berada di kawasan rendah telah berpindah ke PPS. Ketika ini, cuaca agak mendung dan dikhuatiri akan mengalami hujan,” katanya.

Terdahulu Mohd. Syukri berkata, lima buah daerah di Negeri Sembilan telah mengalami banjir kilat susulan hujan lebat yang berlaku petang semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN