Tuduhan penglibatan Hakim Mahkamah Rayuan dalam 1MDB ganggu pentadbiran keadilan jenayah - Utusan Malaysia

Tuduhan penglibatan Hakim Mahkamah Rayuan dalam 1MDB ganggu pentadbiran keadilan jenayah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan berita berhubung alegasi penglibatan seorang Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC mengandungi beberapa perkara yang dipercayai akan mengganggu gugat perjalanan pentadbiran keadilan jenayah dan institusi kehakiman negara ini.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, artikel-artikel yang dilaporkan dalam dua portal berita bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested‘ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ bertarikh 14 Mac lalu.

Berikutan itu, jelas kenyataan tersebut, satu laporan polis telah dibuat pejabat berkenaan agar siasatan dapat dijalankan di bawah seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“(Ini termasuk) Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan lain-lain peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya hari ini.

Pejabat Ketua Pendaftar turut meminta agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu kes yang sedang dibicarakan.

Katanya, ia sekali gus mengganggu gugat pentadbiran keadilan jenayah dan institusi kehakiman negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya