Tolak ansur isu Perlembagaan jika mahu menang PRU-15

Tolak ansur isu Perlembagaan jika mahu menang PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Parti Pembangkang perlu berkorban dan bertolak ansur mengenai perkara dasar termasuk asas Perlembagaan Persekutuan serta dasar nasional sekiranya ingin memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia  (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, pembangkang  seharusnya mula berfikir dan mengambil langkah ke arah penyatuan yang boleh menyakinkan rakyat sebagai pilihan selain Barisan Nasional (BN).

Beliau turut berpendapat,  situasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sama Pilihan Raya Negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK).

“Kemenangan BN di PRN Johor dan PRN Melaka tidak semestinya trend atau menjadikan keputusan yang sama seperti PRN atau PRK.

“Parti-parti pembangkang seharusnya mula berfikir dan mengambil langkah ke arah penyatuan yang boleh menyakinkan rakyat sebagai pilihan selain BN. 

“Ia tidak mudah dan memerlukan semangat pengorbanan dan tolak ansur yang tidak sedikit terutama mengenai perkara dasar seperti  asas Perlembagaan Persekutuan dan dasar  nasional yang berpaksikan asal usul Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Putra bertanding  satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah dalam PRN Johor dengan mempertaruh Pengerusi Putra Johor, Prof. Datuk Dr. Kamarul Zaman Mohd. Jidin sebagai calon yang hilang wang deposit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN