Todak Revival lancar sesi Keynote - Utusan Malaysia

Todak Revival lancar sesi Keynote

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seiring dengan peralihan pandemik Covid-19 kepada fasa endemik di negara ini, jenama gaya hidup yang meliputi pelbagai peringkat umur, Todak mempelawa semua untuk menyaksikan ‘keynote’ Todak yang pertama, Todak Revival: Futureverse Keynote.

Ia adalah sebuah showcase yang bakal mencetuskan revolusi teknologi gaming dan streaming yang baru.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, sesi itu bakal dipancarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi mereka pada 31 Mac ini jam 9.00 malam dan akan disampaikan oleh Pengasasnya, Khairul Azlan Ariffin.

Menerusi Todak Revival, katanya, penonton antara lain akan sama-sama dapat mengetahui apa produk terbaharu dari Todak, pengenalan kepada entiti sedia ada serta pengumuman penting yang akan didedahkan.

“Kami juga percaya yang produk-produk ini dapat membantu semua mengharungi kehidupan tatkala negara kita berubah ke fasa endemik terutamanya mereka yang bekerja” ujarnya.

Berbekalkan tagline ‘langgar’, Siri Kerusi Alpha Todak iaitu kerusi ‘gaming’ berkualiti dilihat sesuai dengan situasi work from home (WFH) yang ketika ini cenderung dipraktikkan kebanyakan majikan dan pekerja.

“Lebih menarik, Todak juga bakal mengeluarkan beberapa lagi produk lain yang akan membantu untuk menyediakan ruangan kerja ataupun sesi bermain game yang lebih kondusif,” katanya.

Todak Revival: Futureverse Keynote boleh ditonton secara langsung di laman facebook @todakofficial dan boleh layari laman live rasmi di https://fb.me/e/2WgCQGa57.

Ditubuhkan pada 2017, Todak kini memiliki lima entiti utama yang berpusat di Cyberjaya dan Setia Alam iaitu Todak Culture, Todak Studios, Todak Fusion, Todak Academy dan Todak Pay.

Kesemua itu menyediakan servis yang berbeza. Bagaimanapun, ia memiliki satu objektif iaitu untuk memiliki satu ekosistem bagi memberikan servis yang lengkap kepada pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya