[TIDAK RASMI] Warisan jauh ketinggalan di DUN Mahkota, BN mendahului  - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Warisan jauh ketinggalan di DUN Mahkota, BN mendahului 

warisan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Warisan (Warisan) yang bertapak di Sabah tertinggal jauh dengan hanya mendapat 11 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Setakat pukul 7.17 malam ini, undian tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat 973 undi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 367 undi dan Pakatan Harapan (PH) sebanyak 71 undi.

Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mempertaruhkan calonnya, Mohamed Noor Suleiman; BN (Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain); PN (Mohamad Nor Lingan) dan PH (Taqiuddin Cheman).

Warisan pernah menjadi ‘rakan mesra’ PH semasa pentadbirannya sebelum Langkah Sheraton tercetus pada tahun 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN