[TIDAK RASMI] Warisan atasi rakan mesra Pejuang di DUN Permas tapi kalah oleh BN - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Warisan atasi rakan mesra Pejuang di DUN Permas tapi kalah oleh BN

warisan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Percaturan kali pertama Parti Warisan (Warisan) yang berasal dari Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Johor menyaksikan parti itu mendahului rakan mesranya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dengan undi sebanyak 1,400 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Setakat pukul 8.15 malam ini, keputusan tidak rasmi merekodkan Pejuang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya mendapat 542 undi walhal parti itu adalah parti dari Semenanjung.

Bagaimanapun, Warisan masih jauh ketinggalan oleh Barisan Nasional (BN) dengan 12,534 undi diikuti Perikatan Nasional (PN) sebanyak 8,045 manakala Pakatan Harapan (PH) mendapat 6,772 undi.

Sementara itu, di DUN Bukit Batu, Warisan turut menyaksikan undi terendah sebanyak 775, BN (5,513 undi), PKR (5,457 undi) dan PN (2,393 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya