[TIDAK RASMI] Pejuang ketinggalan di beberapa kerusi DUN - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Pejuang ketinggalan di beberapa kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketinggalan jauh di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya negeri hari ini.

Setakat pukul 7.44 malam ini, keputusan tidak rasmi menyaksikan Pejuang antaranya hanya mendapat 38 undi di DUN Parit Yaani, ketika Pakatan Harapan (PH) sudah mendapat 1,725 undi diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 997 undi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 442 undi.

Di DUN Sungai Balang pula, Pejuang hanya mendapat tiga undi; PKR (28 undi); PN (102 undi) dan BN (181 undi).

Pejuang antara lain ketinggalan jauh di DUN Sri Medan apabila mendapat 30 undi; PKR (377 undi); PN (1,446 undi) dan BN (2,912 undi).

Pejuang meletakkan calon-calonnya, Ridhauddin Tahir (Parit Yaani), Intan Nadira Shafika (Sungai Balang) dan Mohd. Firdaus Abdul Malek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN