[TIDAK RASMI] Nasib PKR menang di DUN Bukit Batu - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Nasib PKR menang di DUN Bukit Batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas siri kekalahan pilihan raya negeri di Melaka dan Sarawak sebelum ini, akhirnya tuah menyebelahi PKR apabila parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu dengan undi majoriti 115.

Setakat pukul 10 malam ini, PKR yang meletakkan calon, Arthur Chiong Sen Sern mendapat 9,417 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Suppayah, calon Perikatan Nasional (PN), Tan Heng Choon (4,011 undi), calon Parti Warisan (Warisan), Lee Ming Wen (1,349 undi).

Rekod tersebut setelah kesemua 81 saluran undi di kawasan itu selesai dikira.

Di DUN itu, PKR dan Warisan terpaksa bertembung walhal kedua-dua parti merupakan pembangkang dan pernah menjalin kerjasama di peringkat Persekutuan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya