[TIDAK RASMI] Muda rebut DUN Puteri Wangsa?  - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Muda rebut DUN Puteri Wangsa? 

AMIRA AISYA ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan kali pertama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan parti itu mendapat undi sebanyak 144, setakat pukul 7.02 malam ini.

Rekod itu sekali gus mendahului Barisan Nasional (BN) dengan undi sebanyak 127, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 59 undi, Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebanyak 20 undi, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dengan 17 undi dan Bebas (tiga undi).

Muda meletakkan calon Amira Aisya; BN (Ng Yew Aik); PN (Loh Kah Yong); PBM (Steven Choong); Pejuang (Dr. Khairil Anwar Razali) dan Bebas (Adzrin Adam). 

Muda diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN