Tiada warga Malaysia dalam nahas pesawat China Eastern Airlines

Tiada warga Malaysia dalam nahas pesawat China Eastern Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa tiada warga Malaysia menaiki pesawat awam China Eastern Airlines yang terhempas di Wilayah Guangxi petang semalam.  

Menerusi kenyataan di sini, Wisma Putra menambah pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai ada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara tragik berkenaan.

“Namun, Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Beijing serta Konsul Jeneral di Kunming dan Guangzhou masih memantau perkembangan insiden itu,” katanya.

Pesawat malang penerbangan MU 5735 dengan membawa 123 penumpang itu dalam perjalanan domestik dari Kunming, ibu wilayah Yunnan ke Guangzhou, ibu wilayah Guangdong.

Kesemua mangsa termasuk sembilan kru dalam Boeing 737-89P itu disahkan terkorban apabila pesawat itu terjunam di Shenyang Bio, sebuah perkampungan di Wuzhou.

Media tempatan negara itu berkata, pesawat berusia tujuh tahun itu kelazimannya terbang antara Baoshan dan Kunming setiap hari namun dibatalkan kerana isu kekurangan penumpang.

Kali terakhir China merekodkan nahas udara ialah pada 24 Ogos 2010 apabila pesawat Henan Airlines penerbangan 8387 terhempas dekat lapangan terbang Lindu, wilayah Heilongjiang.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, bagi pihak kerajaan Malaysia, ia turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada pemerintah China dan keluarga mangsa yang terbunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya