Tiada ujian Covid-19 bagi pemandu trak Malaysia ke Singapura

Tiada ujian Covid-19 bagi pemandu lori Malaysia ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bermula Khamis ini, Singapura tidak lagi melakukan ujian Covid-19 terhadap pemandu lori dari Malaysia dan individu yang menumpang kenderaan tersebut ketika tiba di republik ini.

Bagaimanapun, mereka perlu menunjukkan keputusan ujian Covid-19 yang negatif atau membuktikan mereka baru pulih daripada virus itu di pusat pemeriksaan di Tuas dan Woodlands sebelum dibenarkan memasuki Singapura.

Lapor The Straits Times, ujian Covid-19 tersebut adalah melalui ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) dan Ujian Rapid Antigen (ART).

Kedua-dua ujian itu perlu dilakukan di pusat kesihata  bertauliah di Malaysia dalam tempoh dua hari sebelum memasuki republik ini.

Sebagai contoh, seorang pemandu dari Malaysia yang ingin memasuki Singapura pada bila-bila masa pada 3 April perlu melakukan ujian Covid-19 pada 1 April.

Keputusan ujian itu juga boleh digunakan untuk memasuki Singapura buat beberapa kali, selagi ia berada dalam waktu yang dibenarkan.

Selain itu, keputusan ujian yang dikeluarkan pusat kesihatan perlu menggunakan bahasa Inggeris dan dalam bentuk salinan kertas atau digital, tidak boleh bertulis.

Pemandu vaksin yang masuk ke Singapura menerusi aturan tersebut juga sudah divaksin sepenuhnya.

Bagi mereka yang baru pilih dari Covid-19 pula dibenarkan masuk ke republik ini dan tidak perlu menunjukkan keputusan ujian jika mempunyai bukti jangkitan Covid-19 dalam tempoh 90 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.