Tiada tanggungjawab, lemah agama punca utama cerai di Terengganu

Tiada tanggungjawab, lemah agama punca utama cerai di Terengganu

MOHD. NOR HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sikap tidak bertanggungjawab sama ada suami atau isteri di samping lemah didikan agama menjadi punca utama perceraian pasangan beragama Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, kedua-dua punca itu menyumbang kepada 685 kes perceraian daripada keseluruhan 1,290 kes yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Katanya, berdasarkan rekod Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) antara punca lain perceraian adalah masalah komunikasi dengan sebanyak 187 kes, campur tangan pihak ketiga (174 kes), akhlak/sosial (115 kes), ekonomi (83 kes), kesihatan (24 kes), seksual (14 kes) di samping masing-masing empat kes bagi budaya dan kerjaya.

“Kerajaan memang prihatin dan mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan kes perceraian, walaupun perkara itu tidak boleh disekat tetapi kita cuba untuk mengawalnya.

“Antara program-program yang dilaksanakan terbahagi kepada dua peringkat iaitu sebelum dan selepas perkahwinan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Maliaman Kassim (Pas-Ajil) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nor, menerusi kursus praperkahwinan yang disediakan, setiap bakal pengantin diberikan pendedahan awal mengenai alam rumah tangga sekali gus dapat mengurangkan permasalahan yang timbul di samping mengelak perceraian.

Katanya, kursus pasca perkahwinan sebanyak tiga fasa turut diadakan bagi mengeratkan hubungan suami isteri di samping membina keluarga harmoni.

“Fasa pasangan sehati sejiwa disediakan bagi mereka yang sudah berkahwin antara enam hingga 10 tahun diikuti semarak kasih (11 hingga 20 tahun) dan syurga cinta (21 tahun ke atas),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya