TEMERLOH: Biarpun mengetahui pendapatannya tidak seberapa, namun golongan penoreh getah tetap menggagahkan diri keluar menoreh demi menyara kehidupan diri bersama keluarga. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penoreh yang 20 tahun menjalankan kerja itu, Azmi Nordin, 41, berkata, mahu tidak mahu, dia tetap perlu ‘menghadap’ pokok getah kerana itulah sumber rezekinya dan keluarga. “Saya mula menoreh sejak 1998, berhenti seketika pada 2000, namun selepas itu kembali menoreh sehinggalah kini. “Ini sumber…










