‘Teruja dapat mengundi’ - Utusan Malaysia

‘Teruja dapat mengundi’

NADIAH NUR AISHAH ABDULL MANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Teruja dapat mengundi”. Demikian reaksi Nadiah Nur Aisyah Abdull Manan, 18, ketika ditemui di pusat mengundi SK Taman Sutera, di sini.

Pelajar Kolej Vokasional Kluang itu berkata, proses mengundi hari ini memberikan satu pengalaman baharu kepadanya untuk terlibat sama dalam proses pemilihan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling.

“Mak ayah banyak memberi galakan kepada saya untuk turun mengundi walaupun pada awalnya tak berapa nak minat.

“Saya pun ada juga ikuti perkembangan calon di media sosial terutama aplikasi TikTok sebelum nak turun mengundi.

“Mak ayah ada juga beri pendapat untuk pilih calon mana yang sesuai, tapi saya buat keputusan sendiri lepas tengok-tengok dari komen orang (tentang calon yang bertanding),” katanya kepada pemberita.

PRN Johor menyaksikan detik bersejarah apabila anak muda berusia 18, 19 dan 20 tahun buat kali pertamanya dibenarkan untuk menjadi pengundi dalam sistem demokrasi negara.

Jumlah pengundi di negeri ini mencatatkan pertambahan hampir 30 peratus, dengan pertambahan 749,731 pengundi baharu, termasuk 175,000 pengundi bawah 21 tahun.

Kerusi DUN Perling menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Chin Tong (PH) dengan calon Barisan Nasional (BN), Wong You Fong dan calon Perikatan Nasional (PN), Khoo Siaw Lee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN