Terpengaruh aksi TikTok, 8 remaja khianat kolam hiasan ditahan polis

Terpengaruh aksi TikTok, 8 remaja khianat kolam hiasan ditahan polis

TANGKAP layar memaparkan perbuatan khianat sekumpulan remaja termasuk tiga pelajar sekolah menengah yang menuang cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan di Kluang Parade, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lapan remaja lelaki termasuk tiga pelajar sekolah menengah ditahan susulan kes khianat terhadap sebuah kolam hiasan di sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sri Lalang, di sini kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Katanya, motif kejadian dipercayai terpengaruh dengan aksi di aplikasi TikTok dan hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek adalah negatif.

“Kira-kira pukul 4 petang semalam, polis mengesan satu rakaman video tular berdurasi 55 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Aku Budak Kluang.

“Video itu jelas memaparkan tingkah laku sekumpulan penunggang motosikal membuat khianat terhadap harta dengan menuang dua tong cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan di Kluang Parade, di sini.

“Kejadian itu dipercayai  berlaku Ahad lalu, kira-kira 5.30 pagi dan susulan rakaman video tersebut, polis mengenal pasti dan membuat tangkapan ke atas lapan lelaki yang disyaki terlibat untuk siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN