'Terima kasih Bossku' - Utusan Malaysia

‘Terima kasih Bossku’

NAJIB Tun Razak berbual mesra dengan komuniti Cina ketika mengadakan walkabout di Pekan Sanglang, Benut, di Pontian, Johor. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Selain kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah hadiah untuk rakyat di negeri ini, ia juga hadiah bermakna buat Pengarah Kempen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, biarpun Najib diasak begitu teruk sewaktu berkempen, namun parti itu masih terus dipilih rakyat untuk mentadbir negeri ini.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengarah kempen kita, walaupun saya pastinya Tok Mat Pengarah pilihan raya, tetapi pengarah utama kita ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun diasak bertubi-tubi, walaupun beliau difitnah setinggi gunung, walau beliau dikata hingga seluruh negara, tetapi semangat beliau tetap tidak gentar, bukan sahaja diuji, malah beliau mempunyai ketahanan luar biasa.

“Ini adalah hadiah untuk Bossku,” katanya ketika berucap di Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri Johor, malam tadi.

Beliau dalam masa yang sama turut menjunjung kasih kepada Sultan Johor kerana membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kestabilan yang lebih utuh di negeri Johor.

“Kami juga menjunjung kasih di atas budi baik Tuanku yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri ini. Maka mudah-mudahan kejayaan ini tidak akan mengecewakan Tuanku bagi Barisan Nasional mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil di Negeri Johor Darul Takzim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya