TCA Malaysia, Indonesia dan Filipina diperkukuh dalam DSA 2022 - Utusan Malaysia

TCA Malaysia, Indonesia dan Filipina diperkukuh dalam DSA 2022

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) membabitkan Malaysia, Indonesia dan Filipina akan disusun dan ditambaik baik semula menerusi satu pertemuan khas dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2022) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC 2022) yang bermula esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertemuan tersebut  akan melibatkan rakan sejawatnya, Prabowo Subianto dan Delfin Lorenzana.

Katanya, beliau dan kedua-dua pemimpin itu akan membincangkan perkara khusus berkaitan keselamatan maritim kawalan sempadan dan juga isu pengganas di kawasan terlibat serta ancaman yang dihadapi secara bersama.

“Ini adalah satu permulaan yang baik dalam aspek geopolitik kita dan dalam masa yang sama untuk berdepan ancaman membabitkan ketiga-tiga negara.

“Kita juga akan berbincang mengenai keselamatan di Laut Sulu dan pertemuan ini akan melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam sidang akhbar sejurus selepas meninjau persiapan akhir DSA 2022 dan NATSEC 2022 di sini hari ini.

Dijangka 25,000 pengunjung dari lebih 50 negara mengambil bahagian dalam pameran yang bermula esok sehingga 31 Mac nanti.

Selain itu, kira-kira 4,800 pelawat antarabangsa yang terdiri daripada pakar, pempamer, perwakilan, pegawai kerajaan dan pemain industri dijangka turut terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN