PETALING JAYA: Pergerakan tanah masih berlaku di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang di sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya sedang mengesan serta mengenal pasti tiga lagi mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu.
“Bagaimanapun, pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, seorang daripada mangsa tertimbus melibatkan dua kediaman di Taman Bukit Permai, Ampang di sini dibawa keluar dengan selamat pada pukul 6.54 petang.
Dalam kejadian 5.50 petang itu, sebanyak 15 rumah dan 10 kenderaan rosak akibat dihempap tanah runtuh. – UTUSAN