Sultan Johor kurnia anugerah Datuk kepada empat individu

Sultan Johor kurnia anugerah Datuk kepada empat individu

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar mengurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datuk kepada On Jabbar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada empat individu.

Empat individu berkenaan ialah Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari Kasnan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar; Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin; manakala Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan Suliman pula membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah gelaran Datuk itu bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Sementara itu, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ ialah Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati Md. Noor; Setiausaha Bahagian, ICT@Johor, Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya