Stacy buka rahsia kini sedang hamil empat bulan. - Utusan Malaysia

Stacy buka rahsia kini sedang hamil empat bulan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi versatil, Stacy Anam berkongsi dia kini sedang hamil cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup bersama penyanyi, Akim Ahmad.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan penyanyi lagu popular Kasanova itu menerusi temu bual secara eksklusif di program Meletop, yang bersiaran pada malam semalam.

Perkara tersebut didedahkan Stacy selepas hos program berkenaan, Elly Mazlein bertanya mengenai kesahihan mengenai berita kehamilan penyanyi itu.

“Ramai cakap Stacy mengandung, betul ke?” tanya Elly dengan nada seloroh.

Selepas itu, Stacy memberitahu dia sedang hamil dan kandungannya kini berusia empat bulan.

“Kalau dah tidak boleh nak tutup, sudah pecah lubah itu iya lah. Alhamdulillah.

“Ya, betul. Saya hamil empat bulan. Tetapi tidak boleh bersembunyi dah. Besar sudah perut,” jawab Stacy.

Sekadar informasi, pasangan dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang puteri bernama Eshaal Afiq Hakim.

Selain itu, penyanyi lagu Duit itu juga memiliki anak angkat perempuan bernama Bella De Luna yang kini berusia sembilan tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya