PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sarawak kini sedang mengesan dua individu bagi membantu pengurusan kes agensi itu.
SPRM dalam kenyataan memberitahu, individu pertama yang sedang dicari adalah Steven Jong Thien Wun, 22, yang mempunyai alamat terakhir di No 372 Lorong 6 Batu 17, Jalan Kuching/Serian Siburan, Kuching, Sarawak.
Sementara itu, individu kedua pula iaitu Kelvin Chan Peggy, 21, mempunyai alamat terakhir di 118-A Kampung Beratok Batu 21, Jalan Kuching / Serian, Kuching, Sarawak.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, L.V Jasvindar Kaur di talian 019-4266169 atau 082-467701,” kata kenyataan itu. – UTUSAN










