Siren amaran tsunami diuji di Besut, polis minta penduduk tidak panik

Siren amaran tsunami diuji di Besut, polis minta penduduk tidak panik

MAKLUMAN mengenai pengujian siren sistem amaran awal tsunami yang akan dilakukan di Pejabat Perikanan Besut, petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Penduduk di daerah ini dinasihatkan tidak panik apabila mendengar bunyi siren amaran awal tsunami di sekitar Pejabat Perikanan, petang nanti.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, siren itu dipasang di lokasi berkenaan bagi memberi laluan kepada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melakukan ujian ke atas sistem amaran awal tsunami di Malaysia.

Katanya, proses pengujian sistem itu dijadualkan berlangsung selama dua jam dari pukul 3 hingga 5 petang.

Dinasihatkan agar masyarakat tidak panik kerana ia merupakan satu bentuk ujian sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN