Siapa MB Johor? - Utusan Malaysia

Siapa MB Johor?

AHMAD Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Mohamad Hasan dan Hasni Mohammad sebelum mengadap Sultan Johor di Bangunan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Persoalan mengenai siapa calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya setelah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tergesa-gesa meninggalkan Bangunan UMNO, sebentar tadi.

Turut meninggalkan bangunan tersebut ialah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad kira-kira pukul 4.30 petang.

Ahmad Zahid, Mohamad dan Hasni dengan wajah yang serius tidak memberikan sebarang kenyataan kepada pengamal media yang berkumpul di situ sebelum menaiki kenderaan berasingan meninggalkan kawasan tersebut.

Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin tersebut bergerak ke kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir ke Bangunan UMNO pada pukul 2.30 petang bagi mengadakan pertemuan bersama Mohamad dan Hasni sebelum meninggalkan premis kira-kira 2.50 petang untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Setelah hampir satu jam menghadap Sultan Johor, Ahmad Zahid kembali semula ke Bangunan UMNO untuk menyambung perbincangan bersama Mohamad dan Hasni.

Perbincangan itu tamat lebih awal setelah ketiga-tiga figura itu meninggalkan bangunan tersebut dan cubaan pihak media mendapatkan komen mereka turut gagal.

Terdahulu, Hasni memberitahu, pelantikan Menteri Besar Johor ke-19 bergantung kepada hasil pertemuan Ahmad Zahid yang menghadap Sultan Ibrahim, petang tadi.

Jelasnya, itu adalah proses yang perlu dilalui bagi pelantikan Menteri Besar apabila Presiden parti perlu menghadap Sultan Johor terlebih dahulu.

Sebelum ini, bertiup kencang khabar angin terdapat nama lain yang turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Antaranya nama bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menang di Machap dan Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Rengit).

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah menamakan Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya BN kembali mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.