Sempadan negara dibuka 1 April - Utusan Malaysia

Sempadan negara dibuka 1 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia mengumumkan pembukaan sempadan negara bermula 1 April ini  selepas mengenakan sekatan keluar masuk antara negara sejak Mac 2020 bagi menangani pandemik Covid-19.

Perkembangan tersebut menyaksikan Malaysia menjadi negara terbaharu di ASEAN yang membuka sempadan selepas beberapa jirannya mengambil langkah sama termasuk Indonesia yang mula menerima kemasukan pelancong di Bali.

Kerajaan melonggarkan beberapa lagi syarat termasuk tempoh pembukaan perniagaan dan tiada penjarakan untuk saf solat ketika negara menuju ke peringkat endemik Covid-19 yang telah meragut lebih 30 ribu nyawa dan 3.6 juta pesakit. Rakyat Malaysia juga bebas untuk keluar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan dasar baru itu menegaskan keputusan membuka pintu sempadan berdasarkan tiga perkara asas iaitu berpandukan sains dan fakta Covid-19, membanding keperluan pembukaan pintu sempadan dan keselesaan kepada pengembara.

Menurut beliau, dengan pembukaan sempadan negara itu, Malaysia kini terbuka untuk menerima semua pelancong dan pengembara yang mempunyai dokumen lengkap.

“Keputusan ini juga membolehkan rakyat Malaysia yang ada dokumen sah boleh keluar masuk Malaysia seperti biasa dan dibenarkan ke mana-mana negara yang telah membuka pintu sempadan mereka.

“Sama juga rakyat luar negara, mereka boleh keluar masuk Malaysia tanpa perlu memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar semalam di Bangunan Parlimen semalam.

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan ini akan membantu ekonomi negara yang terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata, beberapa prosedur masih wajib dipatuhi ketika pelancong memasuki Malaysia berikutan kebimbangan mengenai penularan varian Omicron. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya