Sembilan pegawai, anggota penguat kuasa dalang sindiket edar dadah - Utusan Malaysia

Sembilan pegawai, anggota penguat kuasa dalang sindiket edar dadah

AYOB KHAN dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - UTUSAN/SHIDIQQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi sembilan penguat kuasa dalam serbuan berasingan di sekitar Johor dan Putrajaya.

Turut bersekongkol, seorang lagi ahli sindiket iaitu nelayan berusia 29 tahun yang ditahan dalam serbuan pada 6 Mac hingga 8 Mac lalu.

Malah, saringan awal polis mendapati empat penguat kuasa itu positif dadah jenis methamphetamine.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati sembilan penjawat awam berusia antara 33 hingga 49 tahun itu didapati bertugas di sebuah agensi penguat kuasa di Putrajaya.

Katanya, modus operandi sindiket dengan menjual 50 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka yang cuba diseludup oleh sindiket bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia.

“Bagaimanapun, dadah itu dirampas namun dijual kepada pengedar dadah di negeri di utara Semenanjung.

“Sindiket ini dipercayai mula bergiat aktif sejak pertengahan Februari lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, JSJN turut merampas 5.37 kg dadah jenis syabu bernilai RM193,590.

Jelasnya, semakan lanjut mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Kesemua suspek direman selama 14 hari bermula 7 Mac hingga 20 Mac lalu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Turut dirampas dan disita pelbagai aset termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM195,235,” katanya.

Tambahnya, jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 26.8 juta orang penagih dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya