perkembang sektor perniagaan

Sektor perniagaan Malaysia-Vietnam diperkembang

ISMAIL Sabri Yaakob disambut dengan jambangan bunga sejurus tiba di Presidential Palace, Hanoi dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya, Pham Minh Chinh. – IHSAN PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan wakil pengurusan tertinggi beberapa konglomerat Vietnam termasuk yang berhasrat mengembangkan perniagaan di Malaysia.

Pertemuan itu diadakan Perdana Menteri dengan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia (MBC) Vietnam, Datuk Theng Bee Han yang memperkenalkan wakil-wakil syarikat itu, sebaik sahaja tiba di Hanoi.

Kata beliau, antara yang hadir adalah Naib Presiden Sovico Group, Dr. Dinh Viet Phuong; Pengerusi Hoa Binh Construction, Le Viet Hai dan Pengarah Urusan GAMI Group, Pham Hai Minh.

Menurut Perdana Menteri, Sovico Group adalah konglomerat swasta utama Vietnam yang terlibat dalam pelbagai industri termasuk syarikat penerbangan tambang murah, Vietjet Air.

“Hoa Binh Construction Group pula merupakan syarikat pembinaan terkemuka dengan lebih 31,000 pekerja.

“Gami Group terkenal dalam tiga bidang utama iaitu hartanah, taman tema dan perdagangan termasuk mengimport kenderaan untuk pasaran di Vietnam,” katanya menerusi Facebook beliau semalam.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan dua hari ke negara itu yang dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Pham Minh Chinh.

Ketibaan beliau disambut dengan jambangan bunga sebaik sahaja tiba untuk acara sambutan rasmi di Presidential Palace, Hanoi.

Kedua-dua pemimpin itu bakal berbincang mengenai perkara-perkara membabitkan ekonomi, perbankan, kesihatan, pertanian, pelancongan, isu-isu maritim dan juga antarabangsa.

Jelas Ismail Sabri, perkara yang turut dibincangkan juga adalah mengenai kerjasama dalam mengembangkan industri perbankan Islam selari dengan hasrat Vietnam untuk mengembangkan industri halal serantau.

“Vietnam sudah pun mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia melalui penggunaan aplikasi MySejahtera. Dalam pertemuan itu nanti, status terkini bagi mengiktiraf proses sijil vaksinasi Vietnam mungkin disentuh.

“Vietnam menjadi anggota ASEAN yang keenam dikunjungi selepas Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja dan Thailand,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN