veteran UMNO

‘Saya bukan ‘royalist’ atau tegar UMNO’ – Shahrir

SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan, beliau tidak sentiasa menyokong parti berkenaan mahupun kehendak istana dalam setiap isu-isu berbangkit.

Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru itu memberitahu, beliau juga mempunyai pendirian tersendiri sebagai seorang pemimpin politik dan seorang demokrat.

“Apabila saya kata malu untuk hadiri Perhimpunan Agung UMNO berikutan pengenepian Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar, saya ditanya mengapa saya macam menyoal kuasa Raja untuk menentukan siapa yang dalam pertimbangan Tuanku layak memegang jawatan itu.

“Tan Sri tak berpihak kepada kuasa Raja ke? Saya jawab, dalam soal hubungan antara parti dengan Raja, saya mempunyai pendirian saya sendiri. Tidak setiap masa saya menyokong parti dalam soal ini dan tidak setiap masa, saya menyokong Raja pula,” katanya dalam entri di Facebook miliknya, hari ini.

Shahrir turut memberi contoh di mana ketika krisis perlembagaan berikutan Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan kepada undang-undang yang telah Parlimen luluskan, beliau bersama parti.

“Apabila parti pula nak mansuhkan Timbalan Setia Johor (JMF), saya melobi Datuk Ghani Othman untuk minta ditarik balik rang undang-undang itu. Maka selamatlah suatu warisan negeri Johor.

“Semasa diarahkan parti kepada kerajaan negeri supaya Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dipulaukan, saya bawa jawatankuasa Bahagian UMNO Johor untuk berhari-raya dengan Almarhum Tuanku di Istana Bukit Serene.

“Jadi, saya bukan ‘royalist’ atau tegar UMNO. Saya ada prinsip saya sendiri sebagai seorang demokrat. Itu sahaja. Tiada apa-apa kepentingan,” jelasnya.

Semalam, Shahrir meluahkan kekecewaannya dengan isu melibatkan pemilihan Menteri Besar Johor yang baharu apabila jawatan berkenaan dikaitkan dengan Datuk Onn Hafiz Ghazi dan bukan sebaliknya, Hasni Mohammad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.