'Saya akan beri kerjasama penuh dengan PAC' 

‘Saya akan beri kerjasama penuh dengan PAC’ 

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan memberi kerjasama penuh dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas beliau dipanggil untuk menghadiri prosiding berhubung kontroversi aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat. 

“Saya telah memberi jaminan bahawa tiada apa-apa yang hendak disembunyikan. Keputusan untuk mengadakan rundingan ini adalah usaha untuk memperbetul dan menyelesaikan masalah yang telah timbul sebelum ini. 

“Oleh itu, saya dan Kementerian Kesihatan akan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap apa-apa prosiding yang akan dijalankan oleh PAC nanti,” katanya semasa menggulung perbahasan usul aplikasi MySejahtera bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini. 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh memaklumkan, akan memanggil Khairy bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai saksi utama mengenai MySejahtera hadir ke prosiding dalam masa terdekat.

Pengendalian aplikasi MySejahtera sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila ia dilaporkan dijual kepada syarikat swasta, bagaimanapun, Khairy menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berbuat demikian dan ia masih menjadi hak milik kerajaan manakala kementeriannya dilantik sebagai pemilik utama aplikasi itu.

PAC mempersoal bagaimana pemilikan aplikasi MySejahtera dipindah daripada syarikat KPISoft Malaysia Sdn. Bhd. kepada MYSJ Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN