‘Saya ada sedikit kecemasan peribadi’ - Tengku Zafrul - Utusan Malaysia

‘Saya ada sedikit kecemasan peribadi’ – Tengku Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menafikan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan peletakan jawatan sebagai menteri.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, ketidakhadirannya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

Tengku Zafrul berkata, beliau secara peribadi tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan pada sesi itu pagi tadi.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini, dan perkara ini telah pun dimaklumkan semalam.

“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media, gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul dan bukan menghebahkan khabar angin,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, mengikut prosedur operasi standard (SOP) soalan sesi persidangan Dewan Rakyat, hanya Menteri sahaja yang boleh memberikan jawapan dan ini bukan pertama kali seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan menteri lain.

Tengku Zafrul berkata, beliau berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kerana membacakan jawapannya pada sesi itu pagi tadi.

“Saya meminta maaf kepada Padang Serai, Tumpat dan Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) atas kesulitan yang telah berlaku,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini dan portal berita lain mengaitkan isu ketidakhadiran Tengku Zafrul di Dewan Rakyat hari ini dengan kenyataannya sebelum ini sebagai berkata, beliau rela meletak jawatan daripada berkompromi dengan sebarang keputusan termasuk isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Akibat ketidakhadiran Tengku Zafrul itu dan Idris yang menjawab soalan berkaitan 1MDB dan SRC International yang sepatutnya dijawab oleh Menteri Kewangan atau timbalannya telah mencetuskan kekecohan.

Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), memberitahu Speaker Dewan Rakyat bahawa penukaran menteri itu sebagai “tidak betul”.

Kenyataan itu kemudian disokong Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang mempersoalkan: “Mana menteri dan dua timbalan menteri (bila kita) membayar mereka mahal (gaji)?”

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya