Sah tiada DNA babi dalam sotong ring  - Utusan Malaysia

Sah tiada DNA babi dalam sotong ring 

TANGKAP layar hantaran menerusi media sosial mengenai isu gegelang sotong yang didakwa sebagai hirisan organ dalaman babi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada asid deoksiribonukleik (DNA) babi dikesan dalam sampel gegelang sotong (sotong ring) sejuk beku seperti tular baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mengambil maklum isu yang tular di media sosial berhubung sotong ring sejuk beku yang dikatakan mengandungi rektum babi.

Justeru, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor serta Johor Bahru.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan, beberapa produk ditemukan dan pihak KPDNHEP mengambil tindakan dengan menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut.

“Sampel-sampel daripada produk terbabit dihantar kepada Jabatan Kimia untuk tujuan mengenal pasti sama ada produk terbabit mengandungi DNA babi atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander berkata, keputusan yang diterima daripada Jabatan Kimia mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

“Pihak KPDNHEP ingin menasihati pengguna agar berhati-hati di dalam menyebarkan maklumat-maklumat terutama dalam media sosial termasuklah isu berkaitan halal kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menjalankan siasatan bersama beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Isu berkenaan kecoh di media sosial susulan gambar tular mengenai sotong ring yang didakwa dihasilkan daripada bahagian babi.

Dakwa individu itu, produk berkenaan tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur khinzir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya