Sabah tetapkan harga RTK-Ag RM60  - Utusan Malaysia

Sabah tetapkan harga RTK-Ag RM60 

HAJIJI Noor (dua kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan kepada salah seorang penggiat industri pelancongan Sabah di SICC, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan kadar ujian Kit Pantas Antigen (RTK-Ag) bagi pelancong yang masuk ke Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) bermula esok adalah pada kadar RM60 setiap seorang.

Di peringkat Persekutuan, kadar ujian RTK-Ag adalah RM100 bagi rakyat Malaysia dan RM160 bagi pelancong asing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kadar RM60 bagi rakyat tempatan dan pelancong asing itu diputuskan di peringkat negeri bagi menggalakkan kemasukan pelancong serta pertumbuhan semula sektor pelancongan di Sabah.

“Kerajaan negeri bersetuju bayaran RM160 terlalu tinggi maka, itu sebabnya kadar ditetapkan tidak boleh lebih RM60.

“Saya rasa kadar ini amat sesuai dan melegakan pelancong yang datang kerana kita mahu industri pelancongan kita terus berkembang setelah dua tahun kita alami masalah dengan industri pelancongan.

“Jadi, keputusan yang diambil kerajaan adalah mengenakan bayaran RTK Ag RM60 kepada semua pelancong antarabangsa yang masuk ke Sabah. Maka, saya rasa ini sesuatu yang amat baik untuk industri pelancongan Sabah,” katanya selepas pelancaran Gabungan Keselamatan Pelancongan (TSAM) Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Safar Untong dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkui.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang yang merayu bahawa kos ujian RTK-Ag bagi ketibaan antarabangsa agak mahal.

Mengulas lanjut katanya, Sabah juga menyasarkan ketibaan pelancong yang lebih baik daripada sebelum pandemik Covid-10 melanda.

Jika dahulu, Sabah menerima kemasukan kira-kira 4 juta pelancong maka, selepas pembukaan sempadan negara ini, bilangan kemasukan pelancong lebih daripada yang dicatatkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berusaha untuk membenarkan kemasukan semula 200 penerbangan langsung antarabangsa  ke Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya