KUALA LUMPUR: Pembentangan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti hanya ditangguhkan ke suatu tempoh masa sesuai dan bukannya ditolak secara terus oleh Kabinet. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, sumber di Jabatan Perdana Menteri berkata, dakwaan bahawa rang undang-undang itu ditolak kesemua ahli Parlimen kerajaan tidak benar kerana pembentangannya memerlukan libat urus semua pihak. Sumber berkata, memandangkan ramai wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PRN) terlibat dalam…










