Rider GrabFood terperosok bawah trak ATM - Utusan Malaysia

Rider GrabFood terperosok bawah trak ATM

MOTOSIKAL Muhammad Faiszudin Rasip terperosok di bawah trak ATM dalam kejadian di Lebuh SPA, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penghantar makanan GrabFood parah selepas motosikal ditunggang terperosok di bawah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang rosak di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Faiszudin Rasip, 24, mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian terdapat trak ATM diparkir di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

Katanya, trak tersebut dikatakan telah dipasang dengan lampu isyarat kecemasan dan dikawal oleh dua anggota tentera.

“Tiba-tiba mangsa dari arah Cheng menghala ke susur keluar jalan Lebuh SPA telah melanggar trak tersebut dari arah belakang. Akibat rempuhan itu, mangsa terperosok di bawah trak dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, dua anggota tentera terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN