Rayuan dibuka

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia dibuka mulai 2 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai boleh mengemukakan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mulai 2 Mei ini bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam semakan sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam satu hantaran di laman Twitternya, hari ini. 

“Sekiranya tidak lulus, rayuan BKM boleh dibuat mulai 2 Mei 2022.Maklumat lanjut akan dikemaskini di portal BKM https //bkm.hasil.gov.my,” tulis hantaran itu. 

BKM pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion. 

Jumlah penerima bagi bantuan ini meningkat daripada 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya