JOHOR BAHRU: Keputusan rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan majoriti 8,163 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup.
Calonnya, Jefridin Atan memperoleh 10,333 undi mengatasi tiga lagi calon lain.
DUN Kukup menyaksikan persaingan antara Jefridin bersama Zaiful Bakri (PKR); Mahathir Iskandar Muhammad (PN) dan Zamzam Hashim (Pejuang). – UTUSAN