bilik operasi suram

Pusat operasi PH lesu

PUSAT operasi PH masih lengang tanpa kehadiran kepimpinan tertinggi dan juga jenteranya di Hotel Le Grandeur, Senai, di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pusat Operasi Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih kosong setakat pukul 7 petang tadi, seolah-olah memberi bayangan gabungan itu sudah mengetahui nasib mereka yang bakal menimpa.

Berdasarkan kiraan undi semasa, Barisan Nasional (BN) dilihat telah mendahului di majoriti daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan 43 kerusi setakat ini.

Daripada keputusan tidak rasmi, BN dilihat seolah-olah sudah bersiap sedia dengan sambutan kemenangan apabila dijangka bakal mengulangi pencapaian mereka dalam PRN Melaka lalu.

Sementara itu, di pusat operasi PH juga, petugas media lebih ramai jika dibandingkan dengan kepimpinan PH dan penyokong mereka yang setakat ini hanya Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang telah tiba.

Ruangan pusat operasi berkenaan pula tidak menayangkan keputusan tidak rasmi PRN Johor melalui score board sebaliknya memainkan alunan lagu-lagu nasyid. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.