KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) wajar ditangguhkan seketika sehingga kesihatan awam kembali stabil. Menjelaskan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau memahami semangat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti, namun aspek kesihatan perlu diambil kira yang meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan. “Sebagai Menteri Kesihatan, wajar kita tunggu dulu sehingga keadaan kesihatan awam stabil dan saya lihat semangat…










