PRU-15: Perwakilan setuju BN solo

PRU-15: Perwakilan setuju BN solo

SEBAHAGIAN perwakilan Pemuda UMNO mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu UMNO pada Majlis Perasmian Persidangan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sempena PAU 2021 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi bergantung kepada parti lain termasuk Pas di atas landasan Muafakat Nasional (MN) demi menumpang sokongan dalam mana-mana pilihan raya bagi membentuk kerajaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Fauzi Faizal berkata, keputusan parti untuk bergerak solo dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) membuktikan rakyat kini kembali kepada BN setelah menilai pimpinan mana yang boleh mentadbir negara dengan baik.

“Saya setuju dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kita tidak perlu bergantung kepada parti lain untuk menang dalam pilihan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah beliau (Mohamad) dengan menyatakan bahawa kerajaan hari ini dilihat stabil daripada politik dan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden UMNO,” katanya ketika ditemui di sini.

Kelmarin, Mohamad menegaskan UMNO perlu membuang budaya mencari talian hayat dengan parti lain untuk kekal berkuasa di negara ini apabila pemikiran gemar bergantung kepada parti lain itu perlu segera dihentikan.

Apatah lagi katanya, bergantung dengan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pakatan Harapan (PH) sebagai talian hayat dan nyawa simpa­nan perlu ditolak segera.

Sebaliknya, Ketua Penera­ngan UMNO Pasir Salak, Mohd. Saffek Mohd. Saleh pula berkata, pintu Muafakat Nasional (MN) perlu terus dibuka bagi memberi ruang penyatuan serta kemenangan yang meluas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“MN ini perlu diteruskan untuk kemenangan lebih besar. Kalau tutup, mungkin menyempitkan peluang untuk menang. Sebab jika Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung, BN akan kalah. Kalau teruskan dengan MN, kemungkinan BN terus kekal memerintah itu ada.

“Dalam masa yang sama, sentimen PRU tidak sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana jika berlaku PRN, jentera seluruh kawasan akan membantu, tetapi kalau PRU kita kena ber­gantung dengan kekuatan sen­diri. Jadi, peluang menang itu agak tipis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN