PRN Johor: Petugas media sama-sama tunai tanggungjawab  - Utusan Malaysia

PRN Johor: Petugas media sama-sama tunai tanggungjawab 

ERNALISA Othman menunjukkan jarinya yang diwarnakan sebagai tanda selesai membuang undi bagi kerusi DUN Johor Jaya, di Pasir Gudang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan negeri selatan Semenanjung itu menjadi tumpuan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan penyokong mereka dari seluruh negara.

Pada masa sama, ia juga menjadi tumpuan petugas media daripada pelbagai platform untuk melakukan liputan sama ada percetakan, digital serta saluran radio dan televisyen.

Selain hadir memenuhi tuntutan kerja, sebilangan petugas media turut mengambil kesempatan membuang undi khususnya  anak Johor.

Salah seorang daripada mereka, Firdaus Azil, 37, berkata, biarpun mempunyai pilihan untuk mengundi pos, dia memilih untuk mengundi seperti biasa bagi melihat sendiri pelaksanaan PRN kali ini.

“Memang petugas media boleh undi pos, tetapi saya ingin bersama dengan pengundi-pengundi lain di kawasan ini, memilih calon yang kami rasakan selayaknya menjaga kepentingan kawasan Larkin ini.

“Saya harap  rakyat Johor terus keluar mengundi. Pastikan suara anda melalui undi didengari,” katanya yang mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, di sini hari ini.

Seorang lagi petugas media, Ernalisa Othman, 37, memberitahu, dia mahu menyelesaikan tanggungjawab mengundi sebelum dapat fokus kepada tugas sebagai seorang wartawan.

“Bos saya ingatkan kepada kami khususnya yang mengundi di Johor agar jangan tinggalkan tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Jadi walau sesibuk mana sekalipun saya tetap mencari kesempatan untuk mengundi,” katanya yang bertugas dengan portal berita tempatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya