PRN Johor: Peratusan keluar mengundi 10 pagi capai 13 peratus - Utusan Malaysia

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi 10 pagi capai 13 peratus

SERAMAI 40,989 warganegara berusia 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang tempoh bulan lalu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kehadiran pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka meningkat 13 peratus setakat pukul 10 pagi ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jumlah itu meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding enam peratus pemilih yang selesai mengundi pada pukul 9 pagi tadi.

Seramai 2.53 juta pengundi layak memilih di 1,021 pusat mengundi yang dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang ini di seluruh Johor.

Mereka akan mengundi bagi memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada 239 calon yang bertanding. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya