PRN Johor: Pengundi baharu ‘harapan’ PH - Utusan Malaysia

PRN Johor: Pengundi baharu ‘harapan’ PH

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mengharapkan 750,000 pengundi baharu cenderung memberi undi kepada parti-parti mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini walaupun mengakui ia bukan jalan mudah untuk menang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu sudah pasti memberi kesan kepada keputusan PRN Johor dan terpulang kepada mana-mana parti untuk mengatur strategi dalam mendekati pengundi berkenaan.

“PH ada strategi tersendiri, kita mengambil kira faktor tempatan, nasional dan negeri. Semestinya tidak mudah laluannya, tetapi banyak juga bergantung kepada pengundi baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Faktor pertembungan lebih daripada tiga empat penjuru akan ada kesan dan kita anggarkan lebih kurang 50 peratus berminat keluar mengundi, itu sudah 300,000 pengundi baharu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya pertembungan Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai acuan sama dengan UMNO bakal memberi sedikit kelebihan kepada PH, Fahmi berkata, kekeliruan itu akan timbul dalam kalangan pengundi dan sudah pasti ia memberi kelebihan kepada PH.

“Mungkin ada sejumlah pengundi keliru antara PN dan BN yang saling tembak menembak, kelihatan rasa dengki-mendengki, itu mungkin salah satu faktor, tetapi pada saya pengundi akan lebih melihat kepada calon yang diletakkan.

“Masa masih ada, sekarang baru hari ketiga berkempen. Kita akan gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk berjumpa masyarakat Johor untuk mendekati pengundi baharu khususnya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×