PRN Johor: Parti politik, penyokong jaga tingkah laku - Utusan Malaysia

PRN Johor: Parti politik, penyokong jaga tingkah laku

pru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Parti-parti politik dan penyokong  diminta sentiasa mengawal tingkah laku dan emosi sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar tidak terlibat dengan insiden tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, hal itu kerana sebarang kekecohan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Pada pukul 6 petang semalam, polis mengesan satu rakaman video tular membabitkan pertengkaran antara dua penyokong parti politik di daerah Iskandar Puteri.

“Namun sehingga kini tiada laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Sehubungan itu polis menyeru saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai satu rakaman video yang membabitkan perselisihan politik pada PRN Johor.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan dua pihak bertengkar akibat perselisihan faham yang berlaku disebabkan perbezaan fahaman parti politik.

Tambah Dzulkhairi, masyarakat diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengguna rakaman video yang ditularkan dalam insiden tersebut.

PRN Johor akan berlangsung pada Sabtu ini membabitkan 2.576 juta pengundi’

Undi awal

Sebelum itu, seramai 22,531 individu yang terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Selasa ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 11,576 adalah warga PDRM Johor di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, bagi memudahkan kesemua yang terlibat mengundi awal, sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran akan disediakan.

“Proses undi awal akan dijalankan di premis-premis PDRM dan ATM. Ia seperti di dewan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan-dewan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), kem-kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem-kem tentera. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya