PRN Johor: Met Malaysia nasihat keluar undi awal pagi

PRN Johor: MetMalaysia nasihat keluar undi awal pagi

prn johor
SPR memakluman peratus keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari 29 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan semua pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar keluar mengundi awal pada waktu pagi. 

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ini kerana keadaan cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi di kebanyakan tempat di negeri ini.

Tambahnya, ramalan cuaca pada hari esok masih sama seperti mana yang dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Met Malaysia semalam.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan semalam, ribut petir bersama hujan dijangka berlaku pada sebelah petang melibatkan tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Manakala tiga daerah iaitu Mersing, Kota Tinggi dan Kluang diramal mendung pada sebelah petang dengan suhu pula diramalkan antara 23 hingga 33 darjah celsius sepanjang hari.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi pada pilihan raya negeri yang dijadualkan pada hari esok.

Seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 DUN dalam pilihan raya negeri kali ini melibatkan sehingga 11 parti dan gabungan politik termasuk bebas.

Pertandingan paling mencabar berlaku di DUN Tiram dan Kempas yang akan menyaksikan tujuh penjuru melibatkan lima calon bebas di kedua-dua kerusi berkenaan.

Saingan melibatkan empat penjuru mendominasi lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan iaitu 35 kawasan, diikuti lima penjuru di lapan kerusi, tiga penjuru (7 kerusi) dan enam penjuru (4 kerusi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya