PRN Johor: Kebajikan BN rangkumi pelbagai sektor

PRN Johor: Kebajikan BN rangkumi pelbagai sektor

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG RENGGAM: Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi percaya kebajikan rakyat negeri ini di bawah pemerintahan gabungan itu lebih terjamin dan merangkumi pelbagai sektor berbanding pemerintahan lain. 

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan negeri itu berkata, semua sektor diambil kira semasa rakyat menghadapi kesusahan dalam tempoh pandemik sejak dua tahun lalu. 

“Contohnya pembinaan Tengku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang sudah dibuat di Johor Bahru, Pasir Gudang dan Simpang Renggam menjadi penanda aras dalam pembangunan aktiviti sukan dalam kalangan belia.

“Penubuhan pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) yang membantu membantu mangsa banjir bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di Selangor dan Pahang, membantu dari segi pendaftaran dan mempercepat program vaksinasi bagi seluruh Johor. 

“Dari segi pelancongan, kita bantu pengusaha homestay, pengusaha taman tema dan agensi pelancongan yang terkesan akibat Covid-19, semua dapat bantuan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di sini. 

Justeru, Onn Hafiz meminta pengundi pada PRN Johor kali ini untuk lebih berhati-hati dan rasional dalam memilih untuk mewujudkan sebuah kerajaan negeri yang stabil.

“Sekarang ini kita nak bergerak ke depan dan maju ke depan, jadi kita perlukan satu kestabilan supaya dapat membangunkan negeri. 

“Potensi kita terlalu besar dan sekarang kita kena bina balik negeri ini, jadi kita tak boleh beri kepada pemimpin yang tidak ada kredibiliti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya