PRN Johor: Jangan tertipu kali kedua

PRN Johor: Jangan tertipu kali kedua

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Manifesto yang diumumkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini seolah-olah mengembalikan ‘manifesto bukan kitab suci’ yang pernah dicanangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, gabungan parti inilah yang menipu rakyat Malaysia hampir empat tahun lalu. 

“Malah kali ini, janji bulan dan bintang mereka ditambah lagi dengan ciri tiada idea baharu, tiada hala tuju, banyak plagiatrisme, tiada perincian dan tidak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, manifesto berkenaan seperti kuota khas anak Johor di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Johor yang dicanang PN itu sebenarnya di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri mungkin boleh memohon, tapi PN tidak boleh memaksa Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi kehendaknya. Jadi, janji ini tidak masuk akal, mengarut dan sekadar mahu ‘memancing’ anak muda,” ujarnya.

Tambah beliau, Pemuda UMNO melihat manifesto PN mahupun PH memiliki kelompongan besar dalam banyak perkara.

“Perkara asas seperti kestabilan langsung tidak disentuh, isu ‘katak politik’ bercanggah dengan konsep integriti tidak dipeduli, konon mahu 30 peratus wanita dalam pentadbiran namun hanya calonkan 10.7 peratus calon wanita.

“Malah projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dulu dibatalkan Pengerusi PN dan membayar RM320 juta kepada Singapura tiba-tiba dipandang tepat sebagai katalis ekonomi Johor serta mahu diteruskan,” katanya.

Lebih melucukan, katanya, selain PN, parti picisan gabungan PH, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi berjanji kononnya mahu menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi. 

“Tanpa penjelasan, janji ini tidak ubah seperti PH yang sebelum ini mahu mansuhkan PTPTN dan menghapuskan Tol Simpang Renggam. 

“Mungkin MUDA fikir menjaja janji seperti ini akan dapat menipu lebih ramai orang muda Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya