PRN Johor: Ismail mahu teruskan projek tergendala

PRN Johor: Ismail mahu teruskan projek tergendala

ISMAIL MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional, Ismail Mohamed mahu meneruskan perancangan projek yang tergendala sebelum ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ismail berkata, percaya kelemahan penyandang kerusi itu, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dijangka memberi kelebihan apabila banyak perancangan yang diusahakannya ketika menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut tidak diteruskan calon Perikatan Nasional (PN) itu.

Justeru, katanya, kekuatan itu yang cuba dimanfaatkannya apabila ramai penduduk di DUN tersebut memerlukannya untuk menang bagi memperbaiki kelemahan itu. 

“Patut projek yang saya bawa (ketika menjadi wakil rakyat sebelum ini) boleh diteruskan, tetapi apabila (penyandang) jadi Exco dan Menteri Besar tak dapat teruskan projek-projek berkenaan. 

“Mungkin ada permasalahan dari segi teknikal yang perlu diatasi dan diperbaiki, tetapi sebagai menteri besar atau Exco, sepatutnya boleh teruskan, tetapi sehingga hari ini semua gagal. 

“Malah mungkin ada kelemahan teknikal yang perlu diatasi, tetapi sebagai wakil rakyat, kita sepatutnya cari penyelesaian,” katanya di sini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr. Sahruddin menang dengan majoriti 1,273 undi menewaskan Mohd. Noor Taib dari Barisan Nasional (BN) dan Iqbal Razak (Pas). 

Bagaimanapun, 2 Mac lalu, media malaporkan, hampir 5,000 unit rumah di sekitar Parlimen Pagoh yang masih dalam pembinaan dan bakal dibina terpaksa dihentikan selepas bertukar tampuk pimpinan kerajaan.

Dalam pada itu, Timbalan UMNO Bahagian Pagoh itu bagaimanapun tetap menghormati semua saingannya termasuk dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, ia merupakan satu proses demokrasi yang sihat buat pengundi untuk memilih mana yang terbaik bagi mewakili mereka nanti. 

“Ini satu lapangan yang sama, jadi saya menghormati semua saingan saya, masing-masing ada strategi dan kita ada kelebihan yang perlu manfaatkan,” ujarnya. 

Selain bekas Menteri Besar Johor itu, Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang itu dicabar dua lagi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. 

Dua calon lain mewakili Pejuang, Md. Taib Md. Suhut dan Nurafiqah M. Zulkifli (Muda). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya