PRN Johor: Ikhtiar BN bangunkan Johor

PRN Johor: Ikhtiar BN bangunkan Johor

MOHAMAD Hasan bercakap pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Ikhtiar BN Johor, Johor Bahru, hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor bukan janji-janji hanya demi memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya merupakan ikhtiar membangunkan kesejahteraan dan ekonomi negeri.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua usaha itu demi membangunkan Johor yang jauh ketinggalan sedangkan negeri ini pernah menjadi peneraju utama pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, Johor kini jauh ketinggalan selepas 2018 dalam pelbagai aspek akibat ketidaktentuan dan ketidakstabilan politik.

“Insya-Allah ikhtiar dan inisiatif seperti diumumkan tadi, kita harap dapat mandat baik daripada rakyat Johor akan dilaksanakan kerajaan negeri yang baharu nanti. Ia merupakan satu usaha dan ikhtiar untuk kita membangunkan negeri Johor untuk membangunkan kesejahteraan dan ekonomi negeri.

“Alhamdulillah, kita berharap rakyat jelas dan menerimanya ikhtiar-ikhtiar yang dirancang Kerajaan Negeri yang baharu nanti untuk terus bekerja dan menstabilkan keadaan negeri dan memakmurkan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Ikhtiar BN Johor, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Tambah Mohamad, terdapat lima Ikhtiar BN Johor bertujuan untuk mencapai dan menyokong serta menjadikan Johor sebagai sebuah negeri maju dan didokong oleh naratif politik matang dan stabil.

Pada masa sama, beliau berkata tiada isu berbangkit selepas hari keempat kempen PRN Johor dengan penerimaan rakyat di samping gerak kerja jentera BN berjalan dengan baik.

“Saya berpuas hati dengan gerak kerja yang tersusun dan fokus oleh jentera kita. Namun kita terus bekerja sehingga 12 Mac nanti. Ia demi memastikan semua pengundi keluar khususnya dikenalpasti bersama dengan kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN