PRN Johor: DAP ketinggalan kepada BN di Yong Peng, Pekan Nanas

PRN Johor: DAP ketinggalan kepada BN di Yong Peng, Pekan Nanas

PRN JOhor
SEORANG warga emas yang berkerusi roda menunaikan tanggungjawap dengan mengundi pada PRN Johor di SMK Permas Jaya, Bandar Baru Permas Jaya. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP kini ketinggalan kepada MCA di kubu kuat mereka iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng dan Pekan Nanas.

BN jauh mendahului di Yong Peng dengan 6,003. DAP yang bertanding atas logo Pakatan Harapan (PH) mendapat 4,464 undi. Perikatan Nasional (PN) setakat ini mendapat 1,093 undi.

Begitu juga di Pekan Nanas menyaksikan MCA mendahului denan 5,201 undi. PH mendapat 3,552 undi sementara PN mendapat 1,287 undi.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului di 34 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 7.35 malam.

Kerusi itu merangkumi DUN Buloh Kasap, Benut, Larkin, Kota Iskandar, Permas, Panti, Tenggaroh, Bukit Naning, Maharani dan beberapa lagi kerusi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan seramai 2,599,797 juta pengundi aktif daripada keseluruhan kira-kira 3.52 juta penduduk negeri ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN