PRN Johor: 36,729 pengundi layak undi pos

PRN Johor: 36,729 pengundi layak undi pos

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan  sebanyak 36,729 kertas undi pos kepada yang berhak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, perkara itu seperti diperuntukkan di bawah  Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos)  2003.

Beliau menjelaskan, pengeluaran kertas undi  pos itu dilaksanakan dalam tempoh 1 hingga 3 Mac lalu oleh Petugas Pilihan Raya di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“Kesemua 36,729 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 28,421 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media).

“Sebanyak 7,814 undi pos pula bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar  negara), 118 kategori Borang 1C (9 agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) dan 376 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Menurut Ikmalrudin, proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran  wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

Katanya, SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat  penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan  sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu 12 Mac ini. 

“Pengundi juga diingatkan sentiasa menjaga kerahsiaan undi  masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya dalam laman media sosial,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya